Hartal Doktor Kontrak: PH lagak tunjuk hero harakahdaily.net - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from harakahdaily.net Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Doktor kontrak frontliners pakai buang ?
A
A
SHAH ALAM - Kerjaya seorang doktor sentiasa kedengaran megah dan membanggakan, namun realitinya tidaklah seindah yang disangka.
Pegawai perubatan di sebuah klinik swasta, Dr Muhammad Fauzi Rahim berkata, tiada jaminan seorang doktor itu diserapkan ke jawatan tetap walaupun sudah bekerja lebih lima tahun.
Beliau berkata, nasib doktor kontrak agak menyedihkan kerana tidak dapat merancang masa hadapan apabila tidak dijamin diserap ke jawatan selepas tamat kontrak. Sebagai doktor di Malaysia, perjalanan kami sangat jauh dan rumit. Untuk menjadi seorang pakar atau sub kepakaran boleh memakan masa lapan hingga 10 tahun. Berbeza dengan di luar negara, mereka boleh menjadi pakar dalam masa lima hingga enam tahun sahaja.
#CodeBlackMy solidariti warganet buat pegawai perubatan kontrak
A
A
SHAH ALAM - Kempen tanda pagar #CodeBlackMy menjadi trending di Twitter susulan hari ini detik permulaan perjuangan dan gerakan bersolidariti kepada pegawai perubatan kontrak untuk menuntut penukaran status doktor kontrak kepada jawatan tetap.
Menerusi satu poster yang tular menuntut tindakan segera daripada kerajaan untuk mencari penyelesaian komprehensif terhadap isu Hartal Doktor Kontrak yang sehingga kini masih tiada noktahnya.
Antara isu berbangkit ialah sistem doktor kontrak dan pekerja kesihatan kontrak perlu dirombak semula demi keselamatan ekosistem kesihatan negara dengan menyediakan pilihan latihan kepakaran kepada doktor kontrak.
Selain itu, kempen yang digerakkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menuntut kerajaan mewujudkan dan menyebarkan kriteria yang telus dan terperinci untuk lantikan doktor kontrak kepada perkhidmatan tetap termasuk layanan adil serta saksama ke atas semua staf kontrak