Parlimen: Dibuka dengan isu perundangan, ditutup dengan perubatan harakahdaily.net - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from harakahdaily.net Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
PM bentang PPN pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini
July 26, 2021
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula pukul 10 pagi, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persidangan selama lima hari itu juga akan menyaksikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberi penerangan mengenai tindakan menangani pandemik Covid-19.
Advertisement
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dijadual menerangkan berkenaan program vaksinasi.
Sementara itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan menerangkan mengenai pakej-pakej bantuan ekonomi manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Menteri Pertahanan dijadual memberi penerangan mengenai pelaksanaan darurat, pada akhir mesyuarat kelak.
Mesyuarat Khas Parlimen: Muhyiddin akan bentang PPN hari ini
A
KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula pukul 10 pagi, hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persidangan selama lima hari itu juga akan menyaksikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberi penerangan mengenai tindakan menangani pandemik COVID-19.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dijadual menerangkan berkenaan program vaksinasi.
Sementara itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan menerangkan mengenai pakej-pakej bantuan ekonomi manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Menteri Pertahanan dijadual memberi penerangan mengenai pelaksanaan darurat, pada akhir mesyuarat kelak.
Tambah baik PPN, isu kesusahan rakyat jadi tumpuan Dewan Rakyat sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Hampir 17 juta dos suntikan diberi setakat semalam
July 25, 2021
KUALA LUMPUR: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Feb lalu sehingga semalam mencecah 16,904,896 dos suntikan di seluruh negara.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitternya berkata setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,397,826.
Advertisement
“Sementara itu, 11,507,070 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya dalam perkongsian tersebut.
Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata 417,738 dos diberikan semalam, merangkumi 284,672 individu menerima suntikan pertama manakala 133,066 penerima dos kedua.
– BERNAMA