TOKYO - Di hadapan khalayak, Datuk Azizulhasni Awang kelihatan tenang selepas final acara keirin lelaki pada hari terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Velodrom Izu, Shizuoka hari ini.
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang lebih berhak untuk mendapat pingat emas berbanding perak dalam acara keirin Olimpik Tokyo yang berlangsung di Velodrome Izu pada Ahad. Pelumba trek berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berkata, ia berdasarkan kesungguhan dan keyakinan pelumba berusia 33 tahun itu untuk meraih emas sepanjang temasya kali ini.
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan tangisan atlet berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akan menjadi pembakar semangat untuk ahli sukan di negara ini untuk terus bangkit demi nama negara. Menurutnya, Azizulhasni telah memberikan inspirasi buat semua ahli sukan termasuk rakyat di negara ini secara keseluruhannya biarpun terlepas peluang untuk meraih pingat emas dalam acara keirin di Velodrome, Izu, pada Ahad.
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan kejayaan Datuk Azizulhasni Awang meraih pingat perak dalam acara Keirin Sukan Olimpik Tokyo pada Ahad sebagai sesuatu yang amat bermakna kepada negara.
PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom jelas kecewa kerana gagal melangkah lebih jauh dalam acara keirin lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Velodrom Izu, Shizuoka.