JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang lebih berhak untuk mendapat pingat emas berbanding perak dalam acara keirin Olimpik Tokyo yang berlangsung di Velodrome Izu pada Ahad. Pelumba trek berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berkata, ia berdasarkan kesungguhan dan keyakinan pelumba berusia 33 tahun itu untuk meraih emas sepanjang temasya kali ini.