comparemela.com

Latest Breaking News On - Grandfather series shahidan - Page 7 : comparemela.com

Sidang khas Parlimen curi perhatian

Sidang khas Parlimen curi perhatian A [MUKADIMAH] Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim menjangkakan sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok agak panas disebabkan beberapa isu yang akan dibangkitkan. Ini termasuklah hal darurat, vaksinasi dan bantuan kepada rakyat. Bagaimanapun, tegasnya, tidak akan ada pembentangan usul undi tidak percaya atau undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana ia tidak ditetapkan dalam aturan mesyuarat. Dalam wawancara bersama Sinar Ahad minggu ini, Ahli Parlimen Arau itu turut menjawab isu-isu panas seperti kempen #KerajaanGagal dan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang dikatakan telah memecah-belahkan UMNO.

Ketetapan sidang Dewan Rakyat hari ini

Ketetapan sidang Dewan Rakyat hari ini A A SHAH ALAM - Jawatankuasa Dewan Rakyat dijangka membuat beberapa keputusan berhubung perjalanan sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada Isnin ini. Antara perkara yang akan dibincangkan ialah jumlah ahli Parlimen yang akan dibenarkan menyertai mesyuarat secara bersemuka atau secara hibrid. Menurut Ahli Jawatankuasa Dewan Rakyat, Datuk Seri Shahidan Kassim, perkara itu akan dibincangkan jawatankuasa berkenaan yang terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang. “Esok (hari ini) akan diputuskan tentang perkara ini, kalau diputuskan 80 ahli Parlimen sahaja dibenarkan masuk maka 80 orang (yang dibenarkan). “Kalau hanya 80 ahli Parlimen, mungkin ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) diwakili seramai 45 orang dan pembangkang 35 orang. Kami kerajaan lebih sikit wakil sebab kami majoriti,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian pada Khamis.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.