Nelayan lari tinggalkan ketum bernilai RM180,000
A
A
ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar lebih kurang satu tan daun ketum dipercayai oleh nelayan tempatan di kedudukan 0.1 batu nautika dari muara Kuala Kerpan, Jerlun pada 1.30 pagi Jumaat.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, selepas menerima maklumat risikan awal, sebuah bot ronda telah digerakkan ke lokasi berkenaan.
Mohd Zawawi berkata, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran bergerak dalam keadaan mencurigakan menuju keluar dari Kuala Kerpan. Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak menukar arah dengan memecut laju menuju ke persisiran pantai berdekatan bagi meloloskan diri dengan meninggalkan bot serta muatannya.