Maritim Kuala Kedah rampas 225 set bubu naga
A
ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Kuala Kedah merampas 225 set bubu kambang atau bubu naga dalam Op Aman yang dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sini.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, rampasan menerusi pemantauan itu melibatkan kawasan perairan Kuala Kedah dan Yan. Hasil pemantauan selama sebulan di kawasan perairan ini mendapati berlaku peningkatan penggunaan bubu naga ini. Penggunaan bubu naga ini memerlukan modal yang sedikit dan mampu meraih keuntungan yang banyak sebab itu ramai yang menggunakan bubu ini. Tetapi, bubu naga ini boleh mengancam dan merosakkan ekosistem marin serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan tradisional dan persisir pantai, katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Bot rosak di laut, tiga nelayan diselamatkan Maritim Malaysia
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Lima nelayan Thailand ditahan bersama bot
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.