KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk pembangkang mempertikaikan keabsahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan penilaian dibuat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memilih perdana menteri menerusi usul undi percaya di Dewan Rakyat. Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ini memandangkan keabsahan seseorang Perdana Menteri itu wujud apabila beliau telah dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong, mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani Surat Cara Pelantikan.