comparemela.com

Latest Breaking News On - Estuary mud days - Page 1 : comparemela.com

Program vaksinasi negara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Program vaksinasi negara tumpuan Dewan Rakyat hari ini A KUALA LUMPUR - Hari ketiga Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini diteruskan dengan sesi penerangan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan kerajaan. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, perkara itu akan diperjelaskan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin disusuli sesi Ahli-ahli Parlimen mengemukakan persoalan, penjelasan lanjut dan cadangan sebelum dijawab menteri berkenaan. Antara hal-hal yang dijangka dibangkitkan Ahli Parlimen ialah mengenai kadar vaksinasi negara, perolehan bekalan vaksin, pusat pemberian vaksin (PPV) dan isu suntikan vaksin kosong. Ketika ini, Malaysia merupakan antara negara yang terpantas menvaksinasi penduduknya dengan kapasiti kadar suntikan mencapai lebih 500,000 dos sehari.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.