Pasangan kekasih dicekup rempuh SJR di PKPD Gong Jering sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Aidiladha: Tiada peningkatan masuk kenderaan ke Kelantan
A
A
TUMPAT - Polis Kelantan mengesahkan tidak berlaku peningkatan masuk kenderaan ke negeri ini sepanjang tempoh tiga hari bermula 15 Julai hingga Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, peningkatan kenderaan sebanyak lima peratus yang dimaksudkan sebelum ini merangkumi jumlah kemasukan ke pusat-pusat bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan lain-lain bagi membuat persiapan Hari Raya Aidiladha serta pertambahan sedikit dari utara tanah air. Sepanjang tempoh tiga hari itu (15 hingga 17 Julai), tiada pertambahan kenderaan (masuk ke negeri ini) dikesan berlaku. Ia melibatkan tiga pintu masuk utama ke negeri ini iaitu Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini pada Ahad.
Polis rampas ganja RM1.2 juta
Abdullah (tengah) bersama pegawainya menunjukkan ketulan ganja mampat seberat 494 kilogram (kg) bernilai RM1.2 juta selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV yang membawa bahan larangan itu terjunam ke dalam tali air di Kampung Lambor, Wakaf Bharu, di sini pada Jumaat.
A
A
TUMPAT - Polis merampas ketulan ganja mampat seberat 494 kilogram (kg) bernilai RM1.2 juta selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV yang membawa bahan larangan itu terjunam ke dalam tali air di Kampung Lambor, Wakaf Bharu, di sini pada Jumaat.
Bagaimanapun, pemandu SUV itu berjaya melarikan diri daripada dicekup polis dalam serbuan tersebut.
Aidiladha: Patuhi titah Sultan tidak rentas negeri harakahdaily.net - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from harakahdaily.net Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Plaza Tol Gombak sesak
A
SHAH ALAM - Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan berlaku kesesakan di Plaza Tol Gombak pada sebelah pagi tadi.
Menerusi makluman di Facebook, kesesakan berkenaan berlaku di kedua-dua arah iaitu arah Barat menghala ke Kuala Lumpur dan ke Timur. Trafik sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah ke Barat (KL) dan arah ke Timur (Kuantan), katanya hari ini.
Pada Jumaat, LLM mengesan peningkatan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri-negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jeli.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, peningkatan peratusan kemasukan kenderaan di SJR itu dikesan berlaku sejak pagi tadi sehingga pukul 12 tengah hari.