Aidiladha: Tiada peningkatan masuk kenderaan ke Kelantan
A
A
TUMPAT - Polis Kelantan mengesahkan tidak berlaku peningkatan masuk kenderaan ke negeri ini sepanjang tempoh tiga hari bermula 15 Julai hingga Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, peningkatan kenderaan sebanyak lima peratus yang dimaksudkan sebelum ini merangkumi jumlah kemasukan ke pusat-pusat bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan lain-lain bagi membuat persiapan Hari Raya Aidiladha serta pertambahan sedikit dari utara tanah air. Sepanjang tempoh tiga hari itu (15 hingga 17 Julai), tiada pertambahan kenderaan (masuk ke negeri ini) dikesan berlaku. Ia melibatkan tiga pintu masuk utama ke negeri ini iaitu Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini pada Ahad.