comparemela.com

Latest Breaking News On - Darurat - Page 12 : comparemela.com

Pemandu teksi rayu pengecualian bayar sewa tapak

Pemandu teksi rayu pengecualian bayar sewa tapak A A SEREMBAN - Persatuan Muhibah Pemandu-Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandar Seremban, merayu kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk memberi pengecualian bayaran sewa tapak kenderaan bagi menunggu penumpang persatuan mereka. Pengerusinya, P Ravi Chantar berkata, pihaknya menerima invois supaya membuat bayaran sewa tapak kenderaan (teksi) milik MBS yang tertunggak sebanyak RM5,600. Menurutnya, sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini, pendapatan pemandu teksi terjejas teruk, malah pendapatan mereka merundum sehingga 95 peratus. Sekarang kita sudah memasuki PKP 3.0, pendapatan kami tetap sama, masih lagi terjejas dan berkurangan, malah ada dalam kalangan ahli yang tidak beroperasi kerana bimbang dengan wabak Covid-19 ini.

230,000 pelarian di Myanmar perlu bantuan kemanusiaan: PBB

BANGKOK- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan terdapat 230,000 pelarian disebabkan keganasan dan pertempuran di Myanmar tahun ini dan mereka sangat memerlukan bantuan kemanusiaan segera.

Total lockdown berjaya elak malapetaka: Dr Noor Hisham

Total lockdown berjaya elak malapetaka: Dr Noor Hisham KUALA LUMPUR- Total lockdown yang dilaksanakan kerajaan berjaya mengelakkan malapetaka seperti yang diunjurkan sebelum ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara sebelum ini berdepan risiko kenaikan kes jangkitan sehingga 13,000 kes pada 14 Jun. Keadaan itu boleh mencecah sehingga 40,000 kes beberapa minggu selepas itu. Kita berjaya melandaikan lengkuk jangkitan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan untuk menurunkan lagi kes. Selagi masih ada pergerakan dan aktiviti berkumpul beramai-ramai di sesetengah sektor, kita akan tetap berada di mana kita hari ini. Jika orang lain berdegil, kita sendiri masih boleh membawa perubahan dengan mengamalkan sekatan pergerakan kendiri, menyelamatkan diri dan keluarga, katanya.

Keputusan STPM 2020 diumum 1 Julai

Keputusan STPM 2020 diumum 1 Julai A A SHAH ALAM - Keputusan peperiksaan bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 1 Julai ini mulai jam 12 tengah hari. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta atau persendirian individu boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui beberapa kaedah. “Pertama, semakan keputusan penuh secara dalam talian melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK pada 1 Julai mulai jam 12 tengah hari. “Kedua, melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) ringkasan keputusan dengan menaip STPMNo. K/PAngka Giliran dan hantar ke 68886 pada 1 Julai mulai jam 11 pagi sehingga 9 Julai jam 12 tengah hari,” katanya.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.