Pemandu teksi rayu pengecualian bayar sewa tapak
A
A
SEREMBAN - Persatuan Muhibah Pemandu-Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandar Seremban, merayu kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk memberi pengecualian bayaran sewa tapak kenderaan bagi menunggu penumpang persatuan mereka.
Pengerusinya, P Ravi Chantar berkata, pihaknya menerima invois supaya membuat bayaran sewa tapak kenderaan (teksi) milik MBS yang tertunggak sebanyak RM5,600.
Menurutnya, sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini, pendapatan pemandu teksi terjejas teruk, malah pendapatan mereka merundum sehingga 95 peratus. Sekarang kita sudah memasuki PKP 3.0, pendapatan kami tetap sama, masih lagi terjejas dan berkurangan, malah ada dalam kalangan ahli yang tidak beroperasi kerana bimbang dengan wabak Covid-19 ini.