Malaysia perlu nyata pendirian jelas pakatan AUKUS sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
KUALA LUMPUR - Pengumuman kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat disifatkan sebagai proses rombakan kabinet dengan majoriti untuk mengekalkan jawatan mereka dalam kerajaan. Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan berkata, pelantikan tersebut tidak mampu memberikan sinar harapan kepada rakyat, apatah lagi dengan pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan baharu. Menurutnya, Menteri Wilayah Persekutuan yang dilantik perlu tinggal dan bergaul dengan masyarakat setempat setiap hari, namun Shahidan didakwa tidak dapat menyelami kehidupan rakyat miskin bandar di Kuala Lumpur.
Isu PM cukup sokongan: PH Simpang Renggam lapor polis sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Sidang DUN Kedah pada September depan
A
A
LANGKAWI - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah secara bersemuka dijadualkan akan diadakan pada minggu kedua September depan.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tarikh pembukaan sidang DUN akan dimaklumkan selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menerima taklimat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri pada Rabu lepas dan notis sidang DUN hanya boleh dikeluarkan selepas proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos. Sidang DUN Kedah boleh dilaksanakan paling awal pada minggu pertama September, bagaimanapun kerajaan negeri lebih selesa pembukaan persidangan DUN diadakan pada minggu kedua. Tempoh masa sekurang-kurangnya dua minggu diperlukan bagi menyediakan jawapan bagi soalan lisan atau bertulis dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), katanya.
Tidak salah UMNO berharap jawatan PM, tapi Anwar calon terbaik sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.