comparemela.com

Vallejo Conference Council Regulations News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Sidang DUN Kedah pada September depan

Sidang DUN Kedah pada September depan A A LANGKAWI - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah secara bersemuka dijadualkan akan diadakan pada minggu kedua September depan. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tarikh pembukaan sidang DUN akan dimaklumkan selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menerima taklimat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri pada Rabu lepas dan notis sidang DUN hanya boleh dikeluarkan selepas proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos. Sidang DUN Kedah boleh dilaksanakan paling awal pada minggu pertama September, bagaimanapun kerajaan negeri lebih selesa pembukaan persidangan DUN diadakan pada minggu kedua. Tempoh masa sekurang-kurangnya dua minggu diperlukan bagi menyediakan jawapan bagi soalan lisan atau bertulis dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), katanya.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.