Pharmaniaga beri tumpuan edar vaksin Sinovac kepada kerajaan sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Ketupat tak laku, daging korban tak laris
A Muhammad Shauqee menunjukkan ketupat sejuk beku yang diusahakannya sejak tahun 2015.
KUBANG PASU - Permintaan ketupat sejuk beku sempena Hari Raya Aidiladha pada kali ini turun lebih 50 peratus berbanding Hari Raya Aidilfitri lalu.
Pengusaha Ketupat Palas Kubang Sepat, Muhammad Shauqee Che Halim, 29, berkata, sempena Aidiladha kali ini, dia hanya menerima tempahan sekitar 600 kilogram (kg) berbanding 2,000kg bagi empat jenis ketupat iaitu biasa, kacang, jagung dan pulut hitam pada Aidilfitri lalu.
Katanya, kemerosotan permintaan itu turut melibatkan ejen di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur dan Melaka.
“Ketika Aidilfitri lalu, ejen saya di Kuala Lumpur membuat tiga kali pesanan sepanjang Ramadan dengan keseluruhan pesanan 1,000kg tetapi kali ini dia hanya ambil 200kg saja.
Mingguan Wanita
July 14, 2021
Zaman teknologi semuanya kini berada di hujung jari. Jika dahulu perlukan tablet mahupun alat peranti tertentu yang berasingan, namun mungkin risiko tertinggal dimana-mana. Siapa sangka kini boleh masukkan data peribadi ke dalam mikrocip dan dilekatkan di bahagian kuku.
Terbaru, sebuah salun kecantikan menawarkan perkhidmatan kuku mikrocip yang membolehkan kad perniagaan diletak pada kuku pelanggan.Perkhidmatan itu ditawarkan dengan harga AS$70 (kira-kira RM293).
Sebelum ini, ada laporan mengenai kaedah memasukkan cip komunikasi medan dekat (NFC) di bawah kulit bagi membolehkan ia berinteraksi dengan peranti. Namun, salun di bandar raya ini tampil dengan teknik tidak invensif untuk mendapat keputusan yang sama.
UniMAP tingkat jaringan kerjasama di peringkat global
July 5, 2021
Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF
ARAU: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited memperluaskan jaringan kerjasama di peringkat global termasuk syarikat yang berpangkalan di Arab Saudi.
Universiti berteraskan kejuruteraan itu menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat di Kota Suci Makkah iaitu Wadi Makkah Knowledge Company (WMKN) semalam.
Advertisement
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof Ir Ts Dr Mohd Rizal Arshad berkata memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak memainkan peranan penting dalam hubungan antara dua budaya.
Katanya UniMAP akan memberikan sokongan dan komitmen penuh terhadap WMKN bagi menggalakkan dan mempromosi kerjasama dalam pertukaran kepakaran, teknologi dan pengetahuan.