comparemela.com

Latest Breaking News On - Story sales - Page 1 : comparemela.com

Ketupat tak laku, daging korban tak laris

Ketupat tak laku, daging korban tak laris A Muhammad Shauqee menunjukkan ketupat sejuk beku yang diusahakannya sejak tahun 2015. KUBANG PASU - Permintaan ketupat sejuk beku sempena Hari Raya Aidiladha pada kali ini turun lebih 50 peratus berbanding Hari Raya Aidilfitri lalu. Pengusaha Ketupat Palas Kubang Sepat, Muhammad Shauqee Che Halim, 29, berkata, sempena Aidiladha kali ini, dia hanya menerima tempahan sekitar 600 kilogram (kg) berbanding 2,000kg bagi empat jenis ketupat iaitu biasa, kacang, jagung dan pulut hitam pada Aidilfitri lalu. Katanya, kemerosotan permintaan itu turut melibatkan ejen di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur dan Melaka. “Ketika Aidilfitri lalu, ejen saya di Kuala Lumpur membuat tiga kali pesanan sepanjang Ramadan dengan keseluruhan pesanan 1,000kg tetapi kali ini dia hanya ambil 200kg saja.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.