Tanda tanya strategi ‘endgame’ UMNO
A
A
MINGGU lalu menyaksikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi terselamat daripada serangan hendap ‘musuh dalam selimut’ mereka, UMNO.
Setelah proklamasi darurat pada awal tahun ini dianggap sebagai faktor kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum tumbang, kali ini beliau ‘diselamatkan’ pula oleh sokongan majoriti ahli Parlimen UMNO sendiri.
Meskipun Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid pada lewat malam Rabu mengumumkan parti itu menarik sokongan daripada kerajaan PN serta-merta, sekurang-kurangnya 32 ahli Parlimen UMNO - diketahui tidak sebulu dengan Zahid - menegaskan sokongan terhadap Muhyiddin tidak berganjak.
Lebih menarik, usaha penarikan sokongan itu diputuskan selepas Muhyiddin melakukan pengumuman mengejut melantik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Pas akan terus satukan ummah: Abdul Hadi
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Putuskan hubungan dengan Bersatu sebelum Parlimen bersidang
sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.