comparemela.com

Latest Breaking News On - Centers accredited department development skills - Page 1 : comparemela.com

16 pusat tauliah kemahiran ditutup, 179 lagi tinggal nyawa-nyawa ikan

16 pusat tauliah kemahiran ditutup, 179 lagi tinggal nyawa-nyawa ikan A A SHAH ALAM - Sejumlah 16 pusat pentauliahan pelbagai bidang kemahiran di seluruh negara terpaksa ditutup, manakala 179 lagi daripada keseluruhan 545 pusat tauliah kemahiran kini berstatus nyawa-nyawa ikan . Presiden Persekutuan Pusat-Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia (Femac), Azizul Mohd Othman berkata, hayat pusat-pusat pentauliahan swasta di bawah JPK ini hampir terkubur memandangkan kerajaan tidak membenarkan sektor ini beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu susulan diklasifikasikan sebagai bukan kritikal. Jelas beliau, keseluruhan pusat pentauliahan di bawah JPK ini bergantung kepada pendapatan dengan yuran pelajar sedia ada dan kemasukan pelajar baharu bagi menampung gaji tenaga pengajar, sewa bangunan, kos penyelenggaraan peralatan bantu mengajar serta kos pentadbiran.

100,000 peniaga kecil sudah berkubur

100,000 peniaga kecil sudah berkubur A A SHAH ALAM - Sejumlah 50,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro berasaskan komuniti akan gulung tikar apabila pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 terus dilanjutkan oleh kerajaan. Jawatankuasa Bertindak Peniaga-peniaga Mikro Malaysia berkata, jangkaan data penutupan premis PKS dan perniagaan mikro itu adalah berasaskan kajian dibuat Persatuan PKS Malaysia yang dilaporkan pada 8 Jun lalu. Jelas jawatankuasa itu, laporan Persatuan PKS Malaysia turut mendedahkan sejumlah 100,000 syarikat PKS dikenal pasti sudah menutup operasi perniagaan sejak pelaksanaan PKP 1.0 bermula Mac tahun lalu. “Berdasarkan kaji selidik dijalankan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Klang pula, impak PKP kepada perniagaan mikro merangkumi 3,370 kedai gunting dan dandanan rambut, 37,500 restoran, 700 kedai runcit, 8,000 klinik swasta, 545 pusat tauliah kemahiran serta 4,000 farmasi di seluruh negara.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.