comparemela.com

Latest Breaking News On - Center convention international vallejo - Page 1 : comparemela.com

Muhammad Sanusi sedia bayar kompaun

Muhammad Sanusi sedia bayar kompaun A A LANGKAWI - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sedia membayar kompaun kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji kereta di Autocity, Juru Pulau Pinang pada Jun lalu. Bagaimanapun, Muhammad Sanusi memaklumkan beliau belum menerima notis kompaun berkenaan. “Saya belum terima notis seperti diperkatakan. Saya tunggulah, saya tunggu. Sudah dapat notis saya pergi bayar,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), di sini pada Sabtu. Turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri. Beliau berkata sedemikian ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain yang memaklumkan menerima arahan dan akan mengeluarkan kompaun ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam masa terdekat.

Sidang DUN Kedah pada September depan

Sidang DUN Kedah pada September depan A A LANGKAWI - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah secara bersemuka dijadualkan akan diadakan pada minggu kedua September depan. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tarikh pembukaan sidang DUN akan dimaklumkan selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menerima taklimat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri pada Rabu lepas dan notis sidang DUN hanya boleh dikeluarkan selepas proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos. Sidang DUN Kedah boleh dilaksanakan paling awal pada minggu pertama September, bagaimanapun kerajaan negeri lebih selesa pembukaan persidangan DUN diadakan pada minggu kedua. Tempoh masa sekurang-kurangnya dua minggu diperlukan bagi menyediakan jawapan bagi soalan lisan atau bertulis dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), katanya.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.