Latih 25,000 rakyat Malaysia dengan kemahiran digital sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Dasar 4IR bangunkan Malaysia negara berteknologi tinggi pada 2030
A
SHAH ALAM- Inisiatif membangunkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara dilihat sebagai komitmen kerajaan untuk mempersiapkan masyarakat dan perniagaan menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang yang terhasil daripada revolusi perindustrian ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dasar ini akan memacu usaha untuk melaksanakan agenda 4IR melalui transformasi teknologi bagi pembangunan sosioekonomi rakyat dan negara.
Menurutnya, dasar yang dibina berdasarkan pendekatan menyeluruh negara melalui kerjasama rakyat-swasta-awam ini akan menangani cabaran serta mengoptimumkan peluang era digital berkaitan pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
“Kerajaan telah mengenalpasti lima teknologi teras untuk membina keupayaan tempatan iaitu kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), blockchain dan teknologi lejar teragih (DLT), bahan termaju dan disokon