comparemela.com

Latest Breaking News On - Assistant commissioner tamer - Page 1 : comparemela.com

28 individu ditahan sambut hari jadi, bawa dadah

28 individu ditahan sambut hari jadi, bawa dadah A A KUALA LUMPUR - Polis menahan 28 individu termasuk dua wanita warga Indonesia yang leka menyambut majlis hari jadi dengan membawa dadah di sebuah unit residensi di sini pada Ahad. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pihaknya menahan 16 lelaki dan 12 wanita berusia 21 hingga 49 tahun dalam serbuan pada jam 12.50 tengah malam. Kita turut merampas beberapa paket dadah disyaki ketamin. Kita akan menjalankan ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek, katanya ketika ditemui di lokasi serbuan pada Ahad. Beliau berkata, polis akan mengeluarkan kompaun terhadap pemilik dan ejen rumah berkenaan.

Premis judi dalam talian baru 10 hari beroperasi diserbu

Premis judi dalam talian baru 10 hari beroperasi diserbu A A KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh yang juga penjaga sebuah premis judi dalam talian ditahan di Setapak di sini pada Isnin. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan dalam Ops Dadu pada jam 4.15 petang. Siasatan awal mendapati suspek baru bekerja di premis yang beroperasi sejak 10 hari lalu. Suspek ditawarkan gaji RM1,500 sebulan dan berkerja dari 8 pagi hingga 8 malam, katanya melalui kenyataan pada Selasa. Nasri berkata, pihaknya turut merampas 11 komputer riba, 11 tetikus, sebuah unit wiFi dan wang tunai RM160.

Wanita cedera terjun hotel elak dicekup

Wanita cedera terjun hotel elak dicekup A A KUALA LUMPUR - Seorang wanita disyaki pelacur cedera selepas bertindak terjun dari tingkat satu sebuah hotel di Taman Setapak Indah di sini pada Isnin bagi mengelak daripada dicekup polis. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu, wanita berusia 34 tahun cedera di pergelangan kaki kanan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Wanita itu antara tujuh wanita warga Thailand berusia 29 hingga 34 tahun yang ditahan dalam serbuan Op Patuh/ Op Noda Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini pada Isnin.

Pusat hiburan bawah tanah diserbu, 60 individu ditahan

19 individu ditahan dalam Op Noda

19 individu ditahan dalam Op Noda A KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 11 individu termasuk sembilan wanita warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket pelacuran di sebuah hotel di Setapak Indah di sini pada Ahad. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pihaknya turut menahan lapan lelaki termasuk seorang lelaki warga Bangladesh disyaki pelanggan dalam serbuan Op Noda pada jam 9 malam itu. Dalam serbuan itu, kita menahan seorang lelaki dan wanita tempatan berusia 34 dan 45 tahun yang merupakan penjaga kaunter serta sembilan wanita warga asing itu disyaki pelacur. Kita turut merampas 21 kondom, tiga tuala, dua botol minyak pelincir dan wang tunai RM400, katanya melalui kenyataan pada Isnin.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.