Wanita cedera terjun hotel elak dicekup
A
A
KUALA LUMPUR - Seorang wanita disyaki pelacur cedera selepas bertindak terjun dari tingkat satu sebuah hotel di Taman Setapak Indah di sini pada Isnin bagi mengelak daripada dicekup polis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu, wanita berusia 34 tahun cedera di pergelangan kaki kanan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
"Wanita itu antara tujuh wanita warga Thailand berusia 29 hingga 34 tahun yang ditahan dalam serbuan Op Patuh/ Op Noda Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini pada Isnin.