comparemela.com

Latest Breaking News On - Area local infection - Page 5 : comparemela.com

Dua pekerja kedai runcit tidak pakai pelitup muka dengan betul didenda | Daily Express Online

Published on: Saturday, July 03, 2021 By: Jo Ann Mool Text Size: Kota Kinabalu: Dua pekerja kedai runcit, yang mengaku tidak memakai pelitup muka dengan betul di tempat awam, memberitahu Mahkamah Majistret pada Jumaat bahawa mereka bertindak demikian kerana berasa sesak nafas semasa mengangkat barang. Warga Pakistan, Ali Farman Md Hakim, 36, dan Khan Mohsin, 27, didenda RM1,000 atau penjara tujuh hari kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila melakukan kesalahan itu di belakang Kedai Runcit Bilal Square, Cybercity dekat sini pada pukul 2.30 petang 16 Jun. Pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa dua tertuduh didapati tidak memakai pelitup muka dengan betul oleh satu pasukan polis yang sedang menjalankan rondaan Ops Covid-19 di tempat tersebut.

Empat kilang di Senawang diarah tutup

Empat kilang di Senawang diarah tutup July 2, 2021 SEREMBAN: Empat kilang di kawasan perindustrian Senawang diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), semalam. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata menerusi pemeriksaan oleh agensi penguat kuasa dalam Operasi Bersepadu Pematuhan SOP itu, tiga daripada kilang tersebut turut dikompaun atas kegagalan majikan memastikan had kapasiti 60 peratus kehadiran pekerja dengan sebuah kilang didapati beroperasi tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Advertisement Jelasnya, sebuah lagi kilang diarahkan tutup selepas didapati terdapat kes positif Covid-19. “Sebanyak 12 kilang diperiksa dalam operasi bersepadu yang bermula 1.30 tengah hari dengan disertai 80 anggota daripada enam agensi. Kami mendapati terdapat sebuah kilang yang pernah dikompaun sebelum ini melakukan kesalahan berulang,” katanya

Polis buka kertas siasatan Tok Pa langgar SOP

Polis buka kertas siasatan Tok Pa langgar SOP A A JELI - Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara selepas gambarnya sedang makan di sebuah kafe tular pada Ahad. Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen Jeli itu bersama tiga lagi individu terlibat bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran SOP itu. Kesemua yang terlibat ini disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021, katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Berkumpul ketika PKP, empat didenda RM6,000 | Daily Express Online - Sabah s Leading News Portal

Berkumpul ketika PKP, empat didenda RM6,000 | Daily Express Online - Sabah s Leading News Portal
dailyexpress.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from dailyexpress.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.