Published on: Saturday, July 03, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Kota Kinabalu: Dua pekerja kedai runcit, yang mengaku tidak memakai pelitup muka dengan betul di tempat awam, memberitahu Mahkamah Majistret pada Jumaat bahawa mereka bertindak demikian kerana berasa sesak nafas semasa mengangkat barang.
Warga Pakistan, Ali Farman Md Hakim, 36, dan Khan Mohsin, 27, didenda RM1,000 atau penjara tujuh hari kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila melakukan kesalahan itu di belakang Kedai Runcit Bilal Square, Cybercity dekat sini pada pukul 2.30 petang 16 Jun.
Pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa dua tertuduh didapati tidak memakai pelitup muka dengan betul oleh satu pasukan polis yang sedang menjalankan rondaan Ops Covid-19 di tempat tersebut.