comparemela.com

Administration Ground Malay News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana

Hilangnya tokoh perkhidmatan awam negara, Tun Ahmad Sarji

KUALA LUMPUR - Negara pada Sabtu kehilangan Tun Dr Ahmad Sarji Abdul Hamid, seorang tokoh perkhidmatan awam yang amat disegani dan dihormati. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 82 tahun di sebuah hospital pada 1.40 pagi tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah II, Bukit Kiara kira-kira pukul 12 tengah hari. Dilahirkan pada 16 September 1938 di Tapah, Perak, Allahyarham mendapat pendidikan awal di Government English School di Tapah dan pernah melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Sarjana di Universiti Harvard, Amerika Syarikat dalam bidang Pentadbiran Awam.

Pemergian Ahmad Sarji kehilangan besar kepada negara

KUALA LUMPUR - Pemergian Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, pada awal pagi hari ini merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Allahyarham merupakan tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang amat disegani serta seorang individu yang tegas dan amat berdedikasi dalam menjalankan setiap amanah yang digalas.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.