KUALA LUMPUR - Pusat Pengajian Islam Oxford di United Kingdom memberikan penghormatan kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang meninggal dunia pada Sabtu dalam usia 82 tahun. Menurut kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama, Pengarahnya, Dr Farhan Nizami berkata, Ahmad Sarji akan sentiasa diingati atas galakan dan sokongannya terhadap hasil karya pusat itu.
SHAH ALAM - Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital pada pagi Sabtu. Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kemaskini di Facebooknya sebentar tadi.
KUALA LUMPUR - Negara pada Sabtu kehilangan Tun Dr Ahmad Sarji Abdul Hamid, seorang tokoh perkhidmatan awam yang amat disegani dan dihormati. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 82 tahun di sebuah hospital pada 1.40 pagi tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah II, Bukit Kiara kira-kira pukul 12 tengah hari. Dilahirkan pada 16 September 1938 di Tapah, Perak, Allahyarham mendapat pendidikan awal di Government English School di Tapah dan pernah melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Sarjana di Universiti Harvard, Amerika Syarikat dalam bidang Pentadbiran Awam.
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, yang meninggal dunia pada Sabtu. Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.