Kondominium jadi 'port' panggilan judi online sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Empat ditahan ketika leka berjudi di dapur
A
A
LIPIS - Empat individu termasuk seorang wanita ditahan ketika leka berjudi di sebuah rumah di Taman Mutiara Indah, Taman Benta Jaya, Benta, di sini pada Isnin.
Semua yang ditahan berusia dari 40 hingga 59 tahun itu didapati bermain judi tai kee di ruang dapur rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, hasil pemeriksaan itu, pihaknya turut merampas wang tunai disyaki wang pertaruhan berjumlah RM1,485, cip pelbagai warna, dadu dan pelbagai peralatan lain yang digunakan dalam aktiviti tersebut.
Menurutnya, semua individu tersebut ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Judi Rumah Terbuka 1953.
7 ditahan, pusat panggilan judi 'online' diserbu hmetro.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from hmetro.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.