comparemela.com

Latest Breaking News On - According to rules affairs meetings - Page 3 : comparemela.com

Parlimen: Isu sosial ekonomi rakyat, topik utama hari ini

Parlimen: Isu sosial ekonomi rakyat, topik utama hari ini July 29, 2021 KUALA LUMPUR: Soal kebajikan, sosial ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat yang terhimpit disebabkan pandemik Covid-19 antara topik utama dijangka dibangkitkan Ahli Parlimen untuk penambahbaikan, pada hari keempat Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan penerangan mengenai pakej-pakej bantuan ekonomi yang dilancarkan kerajaan sejak pandemik itu melanda negara. Advertisement Sehingga kini, dilaporkan kerajaan memperuntukkan suntikan fiskal berjumlah RM83 bilion untuk membiayai lapan pakej rangsangan ekonomi termasuk yang terbaharu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Selain PEMULIH, pakej lain ialah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan PEMERKASA Tambahan.

© 2025 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.