KUALA LUMPUR - Syarikat-syarikat wajib melaksanakan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen seperti mana yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kaedah ujian kendiri atau di fasiliti kesihatan setiap dua minggu bagi pekerja yang hadir ke premis. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata langkah tersebut merupakan tambahan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada sebagai langkah proaktif untuk mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan pekerja.