KUALA LUMPUR - Syarikat-syarikat wajib melaksanakan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen seperti mana yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kaedah ujian kendiri atau di fasiliti kesihatan setiap dua minggu bagi pekerja yang hadir ke premis. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata langkah tersebut merupakan tambahan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada sebagai langkah proaktif untuk mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan pekerja.
KUALA LUMPUR - Majlis Getah Malaysia (MRC) dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA) menganjurkan Program Capaian Vaksinasi Covid-19 di lima negeri dalam usaha membantu Kementerian Kesihatan (KKM) memperluas capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Dalam kenyataan pada Sabtu, MRC menjelaskan program dijalankan di Terengganu, Melaka, Kedah, Selangor dan Kelantan itu merupakan sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya sebagai tanda sokongan kepada matlamat KKM untuk mencapai imuniti kelompok dan seterusnya menurunkan kadar kes positif.