comparemela.com

Card image cap


Lelaki diterkam harimau belang semakin pulih
A
GUA MUSANG
- Seorang lelaki orang asli menganggap seperti diberi nyawa kedua apabila terselamat selepas bergelut dengan seekor harimau belang betina di kebunnya di Kampung Badak, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan awal bulan lalu.
Adin Andok, 48, berkata, peristiwa bergelut dan dicakar harimau belang pada jam 3 petang, 5 Julai itu masih segar dalam ingatannya selepas diselamatkan penduduk kampung.
Menurut Adin, dia terpaksa menetak harimau terbabit dengan parang di kepala, badan dan ekornya sebagai usaha menyelamatkan diri.
Katanya, dia sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada Selasa minggu lalu dan kini berada di Pusat Transit, Kuala Betis untuk menunggu rawatan susulan.

Related Keywords

, Center Rescue Wildlife National , Men Tiger , Cave Fox , Village Rhino , Hospitals Sultana , Estuary Calf ,

© 2024 Vimarsana

comparemela.com © 2020. All Rights Reserved.