Pemkot Bogor mulai melakukan vaksinasi kepada ibu hamil (bumil) serentak di 25 puskesmas di wilayah Kota Bogor. Penyuntikan dosis pertama bagi bumil ini akan berlansung hingga 21 Agustus mendatang, setelah diawali pada 14 Agustus 2021 lalu. Pada tahap pertama, ada sebanyak 2.997 bumil yang akan divaksin.
Sebuah minibus Isuzu Elf no. Pol E-7801-Y tergelincir masuk Row, setelah mengalami pecah ban di ruas Tol Cipali Km 114.400 Jalur B (dari Paliman mengarah Cikopo Purwakarta), tepatnya Kabupaten Subang, Jawa Barat, Minggu (15/8).
Lelaki diterkam harimau belang semakin pulih
A
GUA MUSANG - Seorang lelaki orang asli menganggap seperti diberi nyawa kedua apabila terselamat selepas bergelut dengan seekor harimau belang betina di kebunnya di Kampung Badak, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan awal bulan lalu.
Adin Andok, 48, berkata, peristiwa bergelut dan dicakar harimau belang pada jam 3 petang, 5 Julai itu masih segar dalam ingatannya selepas diselamatkan penduduk kampung.
Menurut Adin, dia terpaksa menetak harimau terbabit dengan parang di kepala, badan dan ekornya sebagai usaha menyelamatkan diri.
Katanya, dia sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada Selasa minggu lalu dan kini berada di Pusat Transit, Kuala Betis untuk menunggu rawatan susulan.
Harimau belang masuk perangkap di Pos Bihai
A
A
GUA MUSANG - Seekor harimau belang yang dipercayai menyerang seorang penduduk orang asli berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan dalam satu operasi di Kampung Badak, Pos Bihai, di sini.
Pengarah Perhilitan Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif dalam satu kenyataan berkata, tangkapan tersebut merupakan susulan kes serangan yang berlaku melibatkan seorang penduduk orang asli di kawasan berkenaan.
“Jabatan Perhilitan telah menjalankan siasatan awal, pemantauan serta pemasangan perangkap kamera di lokasi kejadian pada 7 hingga 9 Julai.
“Hasil pemantauan mendapati kehadiran harimau belang di kawasan berkenaan dan pada 12 Julai, seramai lapan kakitangan kami telah menjalankan operasi tangkapan dan pemasangan satu unit perangkap harimau dikenali sebagai “Perangkap Wahab” di kawasan kejadian,” katanya pada Sabtu.