KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi pada Khamis.
KUALA LUMPUR - Kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dilihat memasuki Istana Negara melalui pintu 2 kira-kira jam 9.35 pagi pada Khamis.
KUALA LUMPUR - Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 1.46 petang. Beliau tiba menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih turut diiringi dua kenderaan lain.
KUALA LUMPUR - Bas yang membawa 'rombongan' kedua ahli Parlimen UMNO tiba di Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 1.16 petang. Antara yang kelihatan di dalam bas disewa khas berwarna hijau itu Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said serta beberapa individu lain.