Mingguan Wanita
Sumber Foto: Instagram Fitri Haris
Bekas anggota kumpulan nasyid terkenal, UNIC, yang juga pensyarah, Dr Fitri Haris berasa sangat bersyukur apabila anaknya yang baru dilahirkan kini sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah enam hari dirawat dan dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Fitri & Isteri Pilih Nama Bilal Habibi
Malah Fitri dan isteri Fazilah sepakat untuk meletakkan nama Bilal Habibi. Masing-masing sebelum ini mempunyai seorang anak hasil perkahwinan mereka terdahulu.
Bilal merupakan anak pertama pasangan ini selepas mendirikan rumah tangga pada Disember 2019.
Fazilah selamat melahirkan Bilal pada 28 Jun lalu secara pembedahan setelah mengalami masalah asma yang teruk.
âAlhamdulillah, syukur pada yang maha Agung, terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan kebaikan buat isteri saya Fazilah Omar dan anakanda.