PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah melancarkan Geran Teknologi Global (GTG) yang menyediakan pembiayaan sehingga RM2 juta kepada syarikat teknologi dan pemacu teknologi untuk mengembangkan kehadiran pasaran global mereka. Agensi itu berkata, inisiatif itu bermatlamat untuk memupuk juara global, mendorong pelaburan dan pemangkin ekosistem inovasi digital menerusi pembangunan dan pengkomersialan produk serta perkhidmatan dipacu-pasaran.