IPOH - Bekalan semua kumpulan darah di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) masih rendah meskipun menerima sumbangan yang menggalakkan selepas tular isu kekurangan bekalan darah di hospital itu yang berada pada tahap membimbangkan sejak semalam. Penolong Pegawai Penerangan Jabatan Perubatan Transfusi HRPB, Khairul Anuar Mohd Nor berkata, setakat 3 petang tadi, seramai 112 orang telah menderma darah untuk hospital itu yang diadakan di ruang legar pusat beli-belah Aeon Mall Kinta City dan Aeon Mall Station 18 serta tampil ke Bilik Derma Darah HRPB.
ALOR SETAR - Bekalan darah di Kedah kini di tahap kritikal dan dijangka mampu bertahan kurang daripada empat hari. Ketua Perkhidmatan Transfusi Negeri Kedah, Dr Siti Nadiah Abdul Kadir berkata, perkara tersebut disebabkan oleh kurangnya penderma yang tampil untuk menderma darah di lokasi-lokasi pendermaan akibat peningkatan kes pandemik Covid-19.
50 jemaah masjid derma darah sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Alor Setar: Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memerlukan ihsan orang ramai untuk menderma darah bagi menampung bekalan yang semakin berkurangan sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini.