Stay updated with breaking news from Tons tamba hear. Get real-time updates on events, politics, business, and more. Visit us for reliable news and exclusive interviews.
Rasuah dalam politik A A PADA awal tahun 1990-an, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL, sekarang Bursa Malaysia) menggelegak dengan kegiatannya. Rakyat Malaysia dilanda demam saham. Setiap orang “main saham” ketika itu. Pemain kecil bertunggu tangga di syarikat sekuriti untuk “membuat duit mudah.” Pemandu teksi pun memberi tip untuk membeli saham yang mana. BSKL menjadi semacam gedung judi. Pemain membeli saham dan mengharapkan nilainya naik dalam waktu terpantas. Mereka membuat keuntungan jualan kontra beratus malah beribu ringgit sehari. Bukan pasaran saham Malaysia sahaja yang rancak malah di mana-mana di kota-kota utama dunia, spekulasi pasaran saham memberikan keuntungan kepada pelabur kecil. Tidak hairanlah dekad 1990-an dianggap Zaman Tamak atau The Age of Greed. ....