comparemela.com

Latest Breaking News On - Spirasi pelaburan nasional - Page 1 : comparemela.com

Malaysia galak kemasukan pelaburan secara selektif: Azmin

Malaysia galak kemasukan pelaburan secara selektif: Azmin A A KUALA LUMPUR - Malaysia kini lebih menggalakkan kemasukan pelaburan secara selektif ke dalam negara bagi mencapai status berpendapatan tinggi sejajar dengan dasar pelaburan baharu untuk menarik lebih ramai pelabur berkualiti tinggi semasa dan selepas tempoh pandemik Covid-19. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia bertepatan dengan dasar baharu, Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), yang akan menjana pekerjaan berpendapatan tinggi, terutama pada pasca-Covid-19 dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat. “Selepas perbincangan dan libat urus bersama Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada Mac lalu, kami berpendapat inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkan dasar ini.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.