comparemela.com

Latest Breaking News On - Prayer secure - Page 1 : comparemela.com

News - 27 07 21 Permata Hijau junjung raja kesayangan

News 27.07.21 Permata Hijau junjung raja kesayangan rakyat Kemesraan yang terjalin antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama rakyat serta penduduk Negara Brunei Darussalam mencerminkan hubungan akrab yang sangat tinggi nilainya yang jelas melambangkan kecemerlangan dan keutuhan pemerintahan baginda memayungi rakyat dengan kepimpinannya. Walaupun hanya bersua muka buat seketika bersama raja yang dikasihi, namun kesempatan itu menjadi detik yang paling bermakna bagi rakyat jelata ketika mana memberanikan diri menyembahkan hasrat untuk merakamkan gambar kenangan bersama.

News - 25 07 21 Menjunjung keberangkatan raja tercinta

News ​ Kegembiraan jelas terlihat di setiap wajah rakyat dan penduduk serta pelbagai lapisan masyarakat yang hadir menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Tahun 2021. Berinteraksi dengan raja yang berjiwa rakyat sudah menjadi tradisi di negara ini, terutama sekali pada Majlis Ramah Mesra tersebut walaupun di dalam keadaan cuaca panas terik bukan penghalang bagi ribuan rakyat dan penduduk di daerah ini membanjiri Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong bagi sama-sama memeriahkan Majlis Ramah Mesra yang juga

News - 01 07 21 JPA akan terus meningkatkan mutu

News 01.07.21 JPA akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku ‘lead agency’ dan jentera penggerak Perkhidmatan Awam akan terus memainkan peranan yang aktif dan berusaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dalam pengurusan, perancangan dan pembangunan sumber manusia yang mampan, yang dapat memberikan impak positif kepada agensi-agensi kerajaan dan seluruh warga Perkhidmatan Awam di negara ini. Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dr. Noorfarizal bin Othman dalam ucapan alu-aluannya juga melahirkan penghargaan dengan menyatakan mengimbas kembali kejayaan yang diraih, sudah pastinya kejayaan tersebut adalah kesinambungan hasil usaha dan teraju kepimpinan mantan-mantan Ketua Pengarah JPA dan keringat bakti warga JPA dari dahulu sehingga sekarang yang turut sama-sama berganding bahu demi untuk meningkatkan lagi kecemerlangan JPA.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.