comparemela.com

Latest Breaking News On - Ministerp affairs domestic - Page 1 : comparemela.com

News - 27 07 21 Permata Hijau junjung raja kesayangan

News 27.07.21 Permata Hijau junjung raja kesayangan rakyat Kemesraan yang terjalin antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama rakyat serta penduduk Negara Brunei Darussalam mencerminkan hubungan akrab yang sangat tinggi nilainya yang jelas melambangkan kecemerlangan dan keutuhan pemerintahan baginda memayungi rakyat dengan kepimpinannya. Walaupun hanya bersua muka buat seketika bersama raja yang dikasihi, namun kesempatan itu menjadi detik yang paling bermakna bagi rakyat jelata ketika mana memberanikan diri menyembahkan hasrat untuk merakamkan gambar kenangan bersama.

News - 25 07 21 Menjunjung keberangkatan raja tercinta

News ​ Kegembiraan jelas terlihat di setiap wajah rakyat dan penduduk serta pelbagai lapisan masyarakat yang hadir menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Tahun 2021. Berinteraksi dengan raja yang berjiwa rakyat sudah menjadi tradisi di negara ini, terutama sekali pada Majlis Ramah Mesra tersebut walaupun di dalam keadaan cuaca panas terik bukan penghalang bagi ribuan rakyat dan penduduk di daerah ini membanjiri Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong bagi sama-sama memeriahkan Majlis Ramah Mesra yang juga

News - 08 07 21 Bincang tema, pengisian program

News ​ Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2021 sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 Tahun, diadakan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini, di sini. Majlis Ilmu merupakan mercu tanda kepimpinan intelektual Kebawah Duli Yang Maha Mulia terutama kedudukan baginda sebagai pemimpin Islam yang amat menitikberatkan kepentingan ilmu untuk semua lapisan masyarakat. Sejak permulaannya pada tahun 2004, Majlis Ilmu telah mengetengahkan pelbagai tema termasuk ‘Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah’, ‘Sektor Pertanian : Survivabiliti Bangsa dan Negara’ dan ‘Manuskrip Islam Mercu Tanda Ketamadunan Umat’.

© 2024 Vimarsana

vimarsana © 2020. All Rights Reserved.