Photo Drone News Today : Breaking News, Live Updates & Top Stories | Vimarsana
Stay updated with breaking news from Photo drone. Get real-time updates on events, politics, business, and more. Visit us for reliable news and exclusive interviews.
Top News In Photo Drone Today - Breaking & Trending Today
Turki mahu jadi kuasa dron canggih dunia A A SAMA ada di Syria, Libya atau Azerbaijan, dron-dron tempur Turki yang dikeluarkan oleh negara itu telah mencatatkan kejayaan apabila Ankara mengharapkan ia akan dieksport lebih banyak ke luar negara. Walaupun negara itu terbukti berjaya menumpaskan musuh-musuh yang menggunakan kereta kebal, beberapa penganalisis percaya Turki menawarkan peluang untuk melebarkan pengaruhnya menerusi dasar-dasar luar negara tersebut. Sebelum ini dron-dron bersenjata digunakan tentera Turki dalam pertempuran di Syria bagi membalas dendam ekoran kematian askar-askarnya selain menghalang kemaraan tentera rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad di wilayah Idlib, barat laut Syria. Di Libya pula, pesawat-pesawat tanpa juruterbang terbang dengan bantuan sekutu-sekutu Turki di Tripoli memburu tentera rejim komander Khalifa Haftar yang menentang kerajaan negara tersebut yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). ....