‘Jangan keruhkan kolam tadahan kami’
Mohammad Nazrin menunjukkan keadaan sebatang anak sungai yang keruh disebabkan penyelenggaraan jalan di Puncak Janing.
A
A
KUALA NERANG - Hampir 1,000 penduduk di tiga buah kampung berharap kolam tadahan air di Hutan Lipur Puncak Janing yang menjadi sumber air utama mereka lebih 42 tahun lalu tidak terganggu dengan aktiviti penyelenggaraan pembersihan jalan balak lama yang sedang dilaksanakan di kawasan tersebut.
Pengerusi Masjid Kampung Baru, Mukim Tualak, Ahmad Abdullah, 70 berkata, kualiti air kolam tersebut disedari keruh sejak sebulan lalu dipercayai akibat laluan jalan balak lama yang diselenggarakan semula.
Menurutnya, kekerapan hujan menyebabkan air sungai berhampiran mengalir ke kolam tadahan di Puncak Janing.
Sholat Idul Fitri di masjid Kuala Lumpur dibatasi 50 orang
antaranews.com - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from antaranews.com Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.
Suasana Idul Fitri hari pertama di Kuala Lumpur
antaranews.com - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from antaranews.com Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.