Live Breaking News & Updates on Lawi Parliament

Stay updated with breaking news from Lawi parliament. Get real-time updates on events, politics, business, and more. Visit us for reliable news and exclusive interviews.

SOP ketat sepanjang sidang khas Dewan Rakyat


SOP ketat sepanjang sidang khas Dewan Rakyat
A
A
SEBERANG PERAI - Prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dilakukan sepanjang sidang khas Dewan Rakyat yang berlangsung bermula 26 Julai ini bagi memastikan tidak berlaku penularan Covid-19.
Ia termasuk mewajibkan semua ahli Parlimen dan pegawai yang hadir mengemukakan keputusan ujian saringan selain tidak mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti virus berkenaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Shabudin Yahaya berkata, sidang khas yang akan berlangsung sehingga 2 Ogos itu dijangka melibatkan lebih 2,500 orang termasuk 222 ahli Parlimen bersama pegawai masing-masing.
Beliau berkata, persidangan yang akan memfokuskan kepada penerangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta pengurusan kerajaan dalam mendepani pandemik Covid-19 turut melibatkan kehadiran pegawai daripada pelbagai kementerian selain petugas dan kakitangan pentadbiran Parlimen serta anggo ....

Parliament Lakes , Lawi Parliament , Council People , Department Prime Ministers , Building Parliament , Opposite Leek Procedures , Deputies Minister , Plan Recovery The Country , Lakes Sliced , Package Protection People , Economic Revitalization , Parliament Lakes Sliced , Lawmaker Lakes Sliced , சபை மக்கள் , பொருளாதார புத்துயிர் ,