Tak perlu kelonggaran SOP di mukim, daerah zon hijau
A
A
BAGAN SERAI - Kerajaan Perak tidak berhasrat melonggarkan pelaksanaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan mukim dan daerah berstatus hijau.
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, perkara itu tidak wajar kerana dibimbangi menyumbang kepada penularan kes jangkitan Covid-19 lebih tinggi memandangkan masih terdapat beberapa kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Perlu diingat kemungkinan orang yang berada di zon merah bila dengar nak buat PKPD mereka akan lari bawa tikar bantal ke kawasan hijau dan membawa bersama Covid-19. Sebab itu saya tidak ada hasrat memberi kebebasan pasa satu-satu mukim atau daerah sedangkan pada waktu sama ada kawasan lain dikenakan PKPD.