Penyelam tarik bot karam dikhuatiri lemas
A
SABAK BERNAM - Seorang penyelam dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti menyelam untuk menarik sebuah bot karam di perairan Sungai Besar di sini pada pagi Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Calvin Patrick Lazaroo, 27, disedari hilang tiga rakan penyelam yang ketika itu turut melakukan selaman untuk mengikat tali pada bot milik sebuah syarikat yang karam pada 22 Julai lalu.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor memaklumkan, Pusat Sub Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima laporan daripada rakan penyelam selepas empat jam mereka melakukan usaha pencarian. MRSC Johor Bahru telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pada jam 2.20 petang dan mengatur gerak KM Nyalau yang sedang beroperasi ke lokasi kejadian, katanya dalam satu kenyataan pada malam Selasa.
LANGKAWI - Seorang lelaki warga Thailand yang dikhuatiri hilang ketika mencari siput di pantai Pasir Berdengung, di sini ditemukan lemas dalam operasi mencari dan menyelamat.
Mayat tanpa identiti ditemui terapung di laut sinarharian.com.my - get the latest breaking news, showbiz & celebrity photos, sport news & rumours, viral videos and top stories from sinarharian.com.my Daily Mail and Mail on Sunday newspapers.