BATU PAHAT - Seramai 204 mangsa banjir kilat di kawasan Sri Gading, dekat sini masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading.
SHAH ALAM - Bencana banjir pada akhir tahun lepas berisiko berulang apabila jumlah curahan hujan diramal sama atau hampir sama dengan keadaan tersebut untuk hujung tahun.
JOHOR BAHRU- Hujan lebat hampir sejam mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dilanda banjir. Antara kawasan yang terjejas dalam kejadian banjir pada jam 6 pagi itu ialah Kampung Melayu Majidee, Kempas Lurah, Taman Skudai Baru, Taman Johor Jaya, Kampung Ibu, Kolam Air, Kempas Denai, Kempas Permatang, Kampung Pasir, Kampung Laut Skudai dan Kampung Kangkar Tebrau.
JOHOR BAHRU - Hujan lebat berterusan sejak awal pagi Khamis menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di Jalan Belumut, Taman Johor, Kempas, di sini dinaiki air. Penduduk, Norisham Norman, 44, berkata, keluarganya panik kerana air naik begitu pantas memasuki kawasan rumah dan surut dua jam kemudian.