USAHA Perak FC untuk mendapatkan kembali khidmat dua pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos dan Rainderson Da Costa bagi mengharungi baki saingan Liga Super pada musim ini, tidak kesampaian apabila kedua-dua pemain itu nekad meninggalkan pasukan. Pengurus Besarnya, Azman Noh berkata, rundingan telah diadakan dengan kedua-dua pemain itu namun persetujuan gagal dicapai ekoran tunggakan gaji selama tiga bulan yang masih belum dilunaskan oleh pihak Perak FC.
Kini Trending
Nama penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri masih menjadi perbualan netizen setelah tampil melakukan aksi yang cemerlang ketika beraksi di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini. Sering menguntum senyuman setelah beraksi, gadis berusia 22 tahun ini mengakui bahawa dia sudah mempunyai kekasih hati.
Single but not available
Menerusi satu temu ramah dengan stesen radio tempatan, penerjun yang berasal dari Kuala Lumpur ini menjawab pertanyaan sama ada senyuman yang sering diukirnya itu sudah dimiliki. Meskipun pada mulanya dia teragak-agak untuk menjawab soalan itu, Dhabitah akhirnya mengaku bahawa dia sudah mempunyai kekasih hati.
Okaylah saya cakap terus terang, single but not available (bujang tapi sudah berpunya).