KUANTAN- Polis Daerah Kuantan berjaya membongkar kegiatan pengedaran rokok seludup di sekitar daerah ini berikutan penahanan seorang lelaki di Perumahan Gambang Jaya, Gambang di.
KUANTAN - Polis Kuantan mengesahkan tiada taman awam di sekitar daerah ini ditutup seperti dakwaan yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya telah mendapatkan pengesahan daripada Datuk Majlis Bandaraya Kuantan, Datuk Hamdan Hussin mengenai perkara itu.
KUANTAN- Polis Daerah Kuantan akan mempertingkatkan kawalan keselamatan sepanjang berlangsungnya sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 pada Selasa ini bagi memastikan aspek keselamatan berada pada tahap tertinggi.
KUANTAN - Seorang pekerja am Alam Flora maut setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum terperosok ke bawah treler di Jalan Permatang Badak di sini pada Jumaat malam. Mangsa, Amiruddin Abdul Latif,17, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala manakala pemandu treler berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
KUANTAN - Beberapa pantai peranginan di daerah ini lengang tanpa pengunjung biarpun kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan dalam negeri bagi individu yang sudah menerima vaksin lengkap bermula Selasa. Tinjauan Sinar Harian di tiga pantai popular di negeri ini iaitu Pantai Batu Hitam, Pantai Teluk Chempedak dan Pantai Sepat di sini mendapati tiada kelihatan pengunjung. Di Pantai Teluk Chempedak, walaupun terdapat pengunjung, namun bukan dalam kalangan pelancong, sebaliknya masyarakat setempat yang datang membeli makanan di restoran makanan segera yang beroperasi di situ.