Stay updated with breaking news from Action muhyiddin. Get real-time updates on events, politics, business, and more. Visit us for reliable news and exclusive interviews.
SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan peranan dalam meyakinkan pemimpin daripada parti itu untuk menyokong dan memilih Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu. ....
Hentikan mainan politik A SISTEM politik di Malaysia kian berantakan dari sehari ke sehari. Minggu ini sahaja UMNO telah mengeluarkan kenyataan menarik diri daripada kerajaan yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun beberapa jam sebelum itu Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Kanan yang baharu daripada UMNO. Tindakan Muhyiddin dilihat langsung tidak menjadi pemangkin untuk UMNO terus berada dalam kerajaan, sebaliknya UMNO mendesak beliau meletak jawatan. Ironinya, sekitar Mac tahun lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, pelantikan empat Menteri Kanan dalam Jemaah Menteri beliau menyebabkan tiada keperluan melantik TPM. Namun kini TPM dilantik tetapi empat Menteri Kanan masih dikekalkan. Persoalan ditimbulkan rakyat – apakah keperluan mengekalkan empat Menteri Kanan apabila TPM dilantik? ....